Brunei - Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.
Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina.
Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor