Pages

Saturday, April 12, 2014

KAKI BERAPI




Kuala Terengganu: “Saya disoal bertubi-tubi sebelum dibakar hingga kaki hampir rentung,” kata Addin Rusdam, 15, menceritakan detik cemas dia dan rakannya selepas kakinya dibakar seorang pemuda yang menuduh dia mencuri telefon bimbit.

Pelajar tingkatan tiga itu berkata, akibat kejadian 26 Mac lalu, dia dan rakannya, Ahmad Zahirul Amin Abdullah, 16, kini terlantar di wad dan baru selesai menjalani pembedahan menampal kulit paha di kedua-dua tapak kaki dan betis mereka yang melecur teruk.

Menceritakan semula kejadian, Addin berkata, dia dan rakannya itu dihubungi suspek berusia 30-an untuk datang ke sebuah rumah di Kampung Sura, Dungun.

Menurutnya, sebaik tiba di rumah berkenaan, mereka diasak dengan soalan berkaitan kehilangantelefon bimbit milik anak saudara lelaki itu yang juga kenalannya di sekolah. Turut berada di rumah itu ialah tiga lelaki lain.

Katanya, bapa saudara rakannya itu tidak berpuas hati apabila mereka memberitahu tidak tahu menahu mengenai kehilangan telefon bimbit berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor