Pages

Friday, April 11, 2014

HANYA TIGA PEMEGANG PASPORT BOC DIBENARKAN PULANG - AHMAD ZAHID




Putrajaya 11 April - Hanya tiga pemegang pasport Kerakyatan Luar Negara British (BOC) dari negara ini dibenarkan pulang sehingga kini, bukannya lebih 500 seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka juga bukannya diberi taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap, sebaliknya hanya diberikan Pas Residen bagi membolehkan mereka berada di sini secara sah selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

``Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik. Ini kerana ada di kalangan mereka yang telah mengoyakkan pasport Malaysia ketika berada di luar negara dengan hasrat benci kepada negara ini dan tidak lagi mahu pulang kerana kebencian itu dan ada yang `menikam' negara ini dari belakang. Tidak ada lagi taat setia di kalangan mereka.

``Sekiranya pemegang Pas Residen ini ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses sebagaimana warganegara asing yang mahu memohon dan mereka perlu menunggu 17 tahun dan membuktikan bahawa mereka taat setia kepada negara dan memenuhi syarat permohonan termasuk ujian kemahiran dalam Bahasa Melayu,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan anggota Parlimen Tanjung dari DAP Ng Wei Aik yang mendakwa kerajaan bersetuju untuk membawa pulang lebih 500 bekas rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka untuk menjadi warganegara United Kingdom (UK).

5 comments:

  1. letihlah dengan zahid ni, tak perlu consider consider

    ReplyDelete
  2. x kira apa jenis pas,yg terhengeh2 sgt melayan cinabeng apa pasal.kerja dlm negara pun tak abis lagi.pati2 bersepah2 dlm negara,bila lagi nak selesaikan.cinabeng dah kasi tahi masih nak berlagak hero.poirah.

    ReplyDelete
  3. Dulu sy respect kat ds zahid mse mula2 dpt jwtan menteri kdn...tegas x cm semutdin...tp skang da mcm anti klimax plak lps bg anugrah kt mlysian insider ari 2...kalu takut kne ugut jgn jd mnteri kdn...dayus namenye...babi2 di bela...lembu2 di racun..apera

    ReplyDelete
  4. KITA TAKMU CINA PULANG WALAU PUN ABU MAYAT CINA YG DAH DERHAKA KPDA NEGARA ,,,,,ZAHID U ADA FAHAM PERASAAN ORG2 MELAYU ??? CHINESE GIVE ENOUGH PROBLEM TO THE COUNTRY

    ReplyDelete
  5. tak cukup ke golongan profesional sampai nak lepaskan yang 3 orang ni, bebal ke ape

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor