Pages

Wednesday, April 16, 2014

DUA REMAJA ORANG ASLI HILANG DI SUNGAI PAHANG




Temerloh - Dua remaja Orang Asli dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Pahang di Kampung Lompat, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnudin Hussin berkata, kedua-dua remaja itu Suhaimi Ismail 17, dan Hasmarizan Yusof 15, mandi dan bermain buluh di Sungai Pahang dekat kampung terbabit.

Menurutnya, kedua-dua remaja Orang Asli itu menunggang motosikal sejauh 8 kilometer dari rumah keluarga mereka untuk mandi di situ.

“Bomba menerima maklumat jam 3.05 petang mengenai kejadian daripada orang awam dan menghantar seramai 12 pegawai dan anggota termasuk pasukan penyelamat di air (PPA) bersama peralatan menyelamat.

“Operasi menyelamat bermula jam 4 petang dan ditutup kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula hari ini.

Sementara itu ibu kepada Suhaimi, Lijah Sarif berkata, kedua-dua mangsa adalah sepupu.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi, dulu bapa saudara dia lemas, sekarang dia pula di tempat yang sama.

“Dia (suhaimi) bagi tahu abang dia nak mandi sungai, dia tahu saya tak akan benarkan, dia takut beri tahu saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor