Pages

Monday, April 7, 2014

DUA MAUT, 23 CEDERA AKIBAT LETUPAN BOM



Yala - Empat letupan bom menggegarkan bandar Yala di selatan Thailand petang tadi menyebabkan dua orang maut manakala 23 lagi cedera.

Seorang yang terkorban dalam kejadian 3.50 petang waktu tempatan itu meninggal dunia di hospital manakala seorang lagi ditemui rentung dalam sebuah kereta.

Letupan di bandar itu berlaku akibat bom dipercayai diletakkan di kereta, motosikal, mesin juruwang automatik dan di hadapan.

Menurut saksi kejadian, lokasi letupan ialah di persimpangan kawasan beli belah.

Jurucakap Tentera Bahagian Keempat Kolonel Pramoth Prom-in berkata semua mangsa adalah orang awam dan sasaran kali ini berada di luar kawasan selamat, yang dikawal rapi pihak keselamatan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor