Kuantan - Bekas Pengarah Pelajaran Pahang Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff meninggal dunia di kediamannya di Taman Tengku Abu Bakar Fasa 2, Raub kira-kira jam 11.45 pagi semalam.
Abdul Aziz, 62, menyandang jawatan Pengarah Pelajaran Pahang mulai 2007 hingga berpencen pada 2010.
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada 1976 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Sains) Sultan Haji Ahmad Shah dan pernah menjadi pengetua di beberapa buah sekolah selain memegang beberapa jawatan tertinggi di Jabatan Pelajaran Pahang.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kampung Durian Sebatang, Dong, Raub selepas solat Asar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor