Pages

Saturday, April 5, 2014

ANWAR AKAN POLITIKKAN APA JUA ISU




Putrajaya - "Anwar akan politikkan apa jua isu," kata Menteri Wilayah PersekutuanDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Beliau mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 seperti yang dilaporkan akhbar Britain, The Telegraph. 

Tengku Adnan berkata, adalah mustahil bagi kerajaan untuk menyembunyikan maklumat MH370 dan tiada alasan untuk berbuat demikian, kerana kerajaan juga tidak suka kejadian itu berlaku. 

"Adalah mustahil bagi kita untuk menyembunyikan sesuatu...kenapa kita harus berbuat demikian? Kita tidak mahu perkara ini berlaku, dan kita tidak suka ia berlaku," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno berkata, beliau tertanya-tanya mengapa sesetengah orang ramai masih percaya pembohongan Anwar dan berharap mereka akan lebih rasional mengenai isu itu. 

"Mereka (pembangkang) akan memutar belit maklumat dan menceritakan yang buruk tentang kita sepanjang masa. Bagi mereka apa yang kita buat semuanya salah," kata Tengku Adnan. 

Ditanya sama ada ini muslihat politik Anwar, yang merupakan Ketua Umum PKR, beliau berkata: "Itu adalah Anwar yang sebenar. Segala-galanya tentang Anwar adalah politik dan beliau tidak peduli tentang negara dan rakyat. 

"Ia adalah sama dengan isu air di Selangor dan Kuala Lumpur apabila Pakatan menghalang kami daripada melaksanakan projek Langat 2 dengan tidak meluluskan projek itu. 

"Hanya baru-baru ini, mereka memberikan persetujuan kerana dikatakan wujud perbalahan antara beliau (Anwar) dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

1 comment:

  1. Politik Anwar memang ditahap yang paling teruk, rasanya lebih jijik dari kerja kunyit yang dah sebati dengan dia.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor