Juba 20 April - Seramai 28 orang awam terkorban selepas mereka diserang oleh sekumpulan perompak lembu di negeri Warrap, Sudan Selatan, hari ini.
"Kami kehilangan kira-kira 28 orang awam selepas diserang perompak di negeri ini," kata Menteri Maklumat Tempatan, Bol Dhel kepada radio Miraya FM, sambil menambah pihak polis dan tentera kemudiannya memburu penyerang tersebut dan berjaya membunuh 85 orang daripada mereka.
Menurutnya, ada sesetengah daripada perompak tersebut berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor