Pages

Saturday, March 22, 2014

WARTAWAN SINAR HARIAN CEDERA DISAMUN



Liza (kiri) menceritakan pengalamannya disamun empat lelaki


Shah Alam - Ketua Meja Global Sinar Harian, Liza Hasan, 35, cedera akibat disamun oleh sekumpulan lelaki di Kilometer 15, berhampiran Tol Plaza Sungai Rasau arah Klang,dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 2.15 pagi, ketika mangsa menunggu bantuan trak tunda selepas keretanya rosak ketika melalui laluan tersebut.

Menurut Liza, selepas menghubungi pihak Plus, dia menunggu di dalam kereta sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang menaiki dua motosikal.

“Saya sangka pihak Plus atau trak tunda tiba. Curiga melihat mereka meluru ke arah kereta, saya cepat-cepat mengunci pintu, seorang daripada mereka bertindak membuka tingkap kereta di bahagian pemandu,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kelam kabut seorang daripada lelaki itu cuba mengambil beg sandangnya yang diletakkan di tempat duduk sebelah kiri pemandu.

“Lelaki itu menindih badan saya, terjadi pergelutan namun dia berjaya merampas beg berkenaan dan terus beredar," katanya.

Menurut Liza, seorang pengguna jalan raya yang menyedari tentang kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam. Mangsa kerugian sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai yang diletakkan di dalam beg.

Sementara itu sumber siasatan polis memaklumkan telah menemui beberapa kesan cap jari pada cermin kereta mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 kanun keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor