Pages

Thursday, March 6, 2014

TIGA PENYU MATI TEDAMPAR DI PANTAI ROMPIN




Rompin – Tiga ekor penyu ditemui mati terdampar di Pantai Hiburan, Kuala Rompin, di sini, oleh seorang penduduk yang balik dari memukat pada petang Isnin lalu.

Bagaimanapun, ketika wartawan di bawa lokasi penemuan bangkai penyu tersebut pada pagi Selasa lalu, hanya seekor yang tinggal dan dua lagi telah hilang kemungkinan dibawa ombak akibat air pasang.

Menurut seorang penduduk, Mohd Radzi Abdul Manan, 31, dia dimaklumkan oleh seorang kenalan yang juga individu yang menemui bangkai penyu tersebut dan terus bergegas untuk melihatnya.

“Kawan saya jumpa bangkai tiga ekor penyu itu dalam pukul 6.30 petang Isnin lalu dan kemudiannya dia maklum pada saya yang kebetulan pada petang itu saya juga sedang berada di Pantai Hiburan membawa anak bersiar-siar.

“Sampai di lokasi, saya lihat memang betul terdapat tiga ekor penyu yang telah mati dan timbul juga rasa sedih kerana melihat haiwan yang dilindungi itu mati sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Perikanan Daerah Rompin, Masri Bidin yang dihubungi Sinar Harian mengesahkan bahawa ini kali pertama kes penemuan penyu mati di pantai sekitar Kuala Rompin.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor