Georgetown - Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes pemandu bas ekspres mati tersepit di pintu bas di tempat parkir kenderaan di Masjid Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini, Ahad lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata hasil bedah siasat menunjukkan Muhamad Shaharil Anuar, 32, mati akibat kecederaan di bahagian leher kerana tersepit.
"Kami telah menjalankan siasatan daripada semua aspek dan mendapati tiada unsur perlakuan jenayah sehingga menyebabkan kematian lelaki itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat pemandu bas itu ditemui pada 7.55 pagi dalam keadaan tersepit di pintu sebelah penumpang bas dengan kepala dari paras leher berada di bahagian luar bas manakala badannya di dalam bas.
Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut, kata Mazlan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor