Pages

Friday, March 21, 2014

TERMINAL BAS SENTRAL BAHARU DI TEMERLOH



Temerloh – Sebuah terminal bas sentral akan dibina di daerah ini menempatkan kesemua pengangkutan bas ekspres secara berpusat tidak lama lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Datuk Syed Mohd Nor Syed Jaafar berkata, projek yang dibangunkan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu sedang dalam proses pengambilan tanah daripada penduduk tempatan.

Menurutnya, ia akan dibangunkan di dalam kawasan berkeluasan 2.8 hektar berhampiran Taman Seri Kemuning dan dijangka siap antara tiga hingga ke empat tahun dari sekarang.

“Kawasan ini akan dibangunkan dengan binaan untuk menempatkan bas ekspres dan turut menempatkan stesen teksi tempatan,” katanya.

Syed Mohd Nor berkata, apabila siap nanti ia akan menjadi terminal bas sentral dan dua terminal bas sedia ada ketika ini akan dijadikan hentian bas antara bandar.

Beliau berkata, projek itu akan turut memberikan impak kepada komuniti tempatan, sekali gus dapat meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor