Kuantan - Kerana masalah kewangan, sepasang suami isteri, Samsiah Mohd Nor, 48, dan Rosdi Muda, 47, terpaksa mempertaruhkan keadaan kesihatan anaknya, Nor Azwani, 10, yang menghidap leukemia apabila mengambil keputusan menghentikan segala proses rawatan serta pemeriksaan.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu dikesan menghidap leukemia sejak berusia lima tahun.
Menurutnya, sejak dua tahun lalu anaknya yang juga pelajar SK Balok itu tidak dibawa bertemu doktor dan sehingga sekarang mereka sekeluarga tidak mengetahui status sebenar keadaan kesihatannya.
Katanya, anak saya perlu menjalani rawatan dan pemeriksaan secara berkala di Kuala Lumpur.
“Bila keadaannya bertambah baik, kami hanya ke Kuala Lumpur sebulan atau sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan proses itu berjalan selama empat tahun.
“Alhamdulillah, anak saya sempat menamatkan sesi rawatan kemoterapi dan keadaannya semakin baik, jadi kami tidak membawanya bertemu doktor pakar pada tarikh ditetapkan," katanya.
Katanya, lebih memburukkan lagi keadaan baru-baru ini suaminya pula disahkan menghidap penyakit batu karang dalam hempedu.
“Memandangkan keadaan kesihatan tidak mengizinkan, suami terpaksa berhenti kerja selama tujuh bulan dan sekarang baru sebulan bekerja sebagai buruh.
“Saya ada tiga anak masih bersekolah manakala yang lain sudah bekerja tetapi pendapatan tidak seberapa,” katanya.
Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghubungi talian 019-9481509 atau menghulurkan sumbangan menerusi akaun CIMB 0611-0011559-526.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor