Pages

Thursday, March 20, 2014

SUAMI BIMBANG NASIB ANAK, ISTERI




Klang – "Tak payahlah beli air mangga, kita dah beli air soya dan taufu fah," demikian isi kandungan SMS terakhir dihantar oleh seorang isteri kepada suaminya sebelum dia hilang bersama anaknya sejak seminggu lalu.

Mohd Hafiz Azalan, 30, berkata, kehilangan anak perempuannya berusia dua tahun dan isteri yang merupakan warga Indonesia, Noraini Ngadiran, 32, disedari adiknya yang baru pulang dari sekolah selepas mendapati pintu rumah tidak berkunci jam 12.30 tengah hari 13 Mac lalu.

“Ketika saya meninggalkan rumah untuk menghantar emak pulang, mereka masih berada di rumah.

"Selepas dapat maklumat mereka hilang, saya bergegas mencari sekitar kawasan Rantau Panjang," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Menurut Mohd Hafiz, dia turut menghubungi beberapa rakan isterinya, namun gagal dapat maklumat.

Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

“Saya tak pasti sama ada isteri dan anak saya diculik atau sebaliknya. Nak kata anak dilarikan isteri pun tak boleh, sebab pasport dia di rumah, malah dia tak bawa apa-apa .

“Mungkin dia ada bawa duit gajinya sebanyak RM700. Saya paling risau tentang anak sebab dia menghidap asma,” katanya.

Mohd Hafiz berharap agar mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan anaknya itu dapat menghubunginya di talian 016-2502903 atau 011-21123624 atau melaporkan kepada balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor