Pages

Saturday, March 29, 2014

RAKYAT MALAYSIA ANTARA YANG TERPERANGKAP KEPUNGAN TALIBAN



Kabul 29 Mac - Seorang rakyat Malaysia bersama tiga rakyat asing terperangkap di dalam sebuah rumah tumpangan di kabul semalam selepas sekumpulan lelaki dari kumpulan militan Taliban bersenjata mengepung bangunan tersebut, kata polis.

Seorang saksi dari agensi berita Reuters yang menyaksikan kejadian mendapati terdapat kira-kira 20 orang individu yang didapati bukan rakyat Afghanistan telah dipindahkan dari rumah tumpangan di dalam sebuah kawasan kediaman mewah di ibu negara, kebanyakan mereka kelihatan takut dan terkejut.

Satu pertembungan bersenjata tercetus selepas seorang pengebum berani mati Taliban telah meletupkan dirinya di luar bangunan dan kumpulan militan itu meluru masuk ke dalam dan pertempuran bersenjata tercetus di dalam kawasan tersebut lebih daripada sejam selepas letupan awal berlaku. - REUTERS

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor