Pages

Sunday, March 23, 2014

PKR SAHKAN PETUGASNYA DITAHAN POLIS

Kajang - Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan seorang petugas barong panas dari parti itu telah ditahan pihak polis dan kini berada di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kajang.

Katanya petugas yang dikenali sebagai Zulfikar itu ditahan kerana tindakannya yang didakwa menghalang pihak polis merobohkan barong panas yang didirikan berdekatan dengan pusat mengundi Taman Delima, hari ini.

"Saya ke IPD Kajang tadi untuk bertemu dengan beliau (Zulfikar) dan dua orang peguam yang sedang membantu.

"Beliau ditahan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam daripada melakukan tugas dan mencaci penjawat awam sama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor