YB Dato' Wan Rosdy Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang
Kuantan, 10 Mac - YB Dato' Wan Rosdy, mewakili YAB Menteri Besar Pahang telah merasmikan Pasar Borong Baru di Jalan Seri Kemunting 2 pagi tadi.
Projek usahasama ini dibina diatas sebahagian tanah lot 47085 yang keseluruhannya berkeluasan 13.35 ekar. Komponen pembangunan bercampur itu antaranya adalah mengandungi;
- Fasa 1 - 60 unit kedai pejabat 3 tingkat
- Fasa 2 - Komplek Pasar Borong 1 1/2 tingkat
- Fasa 3 - 43 unit kedai pejabat 3 tingkat, Hotel Bajet, Bilik Sejuk dan Gudang.
Keseluruhan projek bernilai RM79,581.000.00 dan MPK memperolehi 16.14% bahagian yang bernilai RM12,842,760.00.
Dalam ucapan aluannya, Dato' Zulkifli, YDP MPK memaklumkan bahawa selain dari kemudahan-kemudahan yang nyatakan itu, pembangunan ini juga melibatkan kemudahan asas dan keselamatan seperti CCTV, Bilik ATM, Surau, Makmal dan tandas awam. Dari jumlah 25 peniaga yang menyewa di pasar borong berkenaan 11 darinya adalah peniaga Melayu dan kadar yang dikenakan sangatlah berpatutuan iaitu RM350.00 sebulan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor