Pages

Tuesday, March 4, 2014

PAHANG RINTIS PERMODENAN LESEN PERNIAGAAN

Oleh Amir Rozaini



KUANTAN - YAB Menteri Besar Pahang mengalu-alukan Projek Pemodenan Lesen Perniagaan anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang antara lain, melibatkan kerja-kerja memudahcarakan lagi pengeluaran lesen-lesen perniagaan oleh pihak - pihak berkuasa tempatan.

“Saya dimaklumkan bahawa Pahang adalah Negeri yang mula - mula sekali menjalankan insiatif ini untuk memudahkan proses memohon dan juga meluluskan lesen-lesen perniagaan ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sesi sidang media selepas Majlis Penghargaan Projek Permodenan Lesen Perniagaan Negeri Pahang Darul Makmur di Kompleks Yayasan Pahang semalam.

Tambah beliau, kaedah permodenan lesen ini dijangka dapat meringkaskan lagi permohonan lesen perniagaan yang dimohon oleh para peniaga dimasa akan datang.

Turut hadir dalam majlis yang melibatkan 16 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri termasuk kesemua 11 PBT di negeri ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman;

Penasihat Undang-undang Negeri yang baharu, YB Shamsul Bahari Ibrahim; serta, Timbalan Ketua Pengarah, MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman, yang juga Sekretariat, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH). 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor