Georgetown - Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Greenlane di sini kira-kira jam 1 pagi kelmarin.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita berkenaan mahu melintas jalan walaupun terdapat jejantas tidak jauh dari situ.
Akibat rempuhan kuat, wanita yang dipercayai berusia 50-an itu terpelanting kira-kira 30 meter dan disahkan maut serta-merta di tempat kejadian.
Pemeriksaan polis mendapati wanita berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga supaya tampil ke balai berhampiran.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor