Pages

Tuesday, March 18, 2014

MH370: TIDAK MUNGKIN DIRAMPAS GUNA ALAT KAWALAN JAUH




Sepang - Perkongsian maklumat dengan pelbagai agensi asing yang terbabit dalam siasatan kehilangan #dimanaMH370 tidak menjejaskan keselamatan negara kerana ia masih dalam kawalan, kata Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Ia tidak dalam tahap yang membimbangkan. Tapi untuk jangka masa panjang, kita akan lihat semula kemampuan radar kita.

"Ini saya maklumkan kepada Perdana Menteri," katanya dalam sidang akhbar harian berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini hari ini. 

Beliau berkata fokus dan keutamaan negara kini ialah mencari dan mengesan pesawat MH370.

Hishammuddin turut menolak teori bahawa pesawat itu dirampas dengan alat kawalan jauh. 

"Bagi saya ia tidak mungkin. Kalau ada maklumat yang sudah disahkan, kita pasti akan siasat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor