Sepang - Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.
Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan.
"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor