Pages

Monday, March 31, 2014

MH370: PROSES MENGESAN KOTAK HITAM BERMULA HARI INI




Perth: Dengan jangka hayat hanya tinggal tujuh hari operasi mengesan kotak hitam pesawat MH370 merupakan keutamaan ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut DirajaAustraliahari ini sedang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat.

Ia terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.


Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.


Proses mengesan kotak hitam di kawasan pencarian di Lautan Hindi mempunyai pelbagai cabaran termasuk faktor masa berikutan bateri penyiar akan mati selain kawasan pencarian yang terlalu luas.

ADV Ocean Shield akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin bersama krew seramai sebelas orang dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor