London 16 Mac - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 yang hilang sejak sembilan hari lalu, mungkin berada di lokasi rahsia.
DailyMail Online yang memetik kenyataan sumber berkata, pesawat terbabit mungkin dirampas dan kesemua penumpang kini ditahan di tempat tertentu.
Dalam pada itu, stesen radio Amerika Syarikat (AS) WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi yang boleh menjadi tempat pesawat MH370 mendarat, dari Australia ke Maldives ke Pakistan. - AGENSI
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor