Pages

Sunday, March 23, 2014

MH370: PALET KATU KARGO, TALI PENGIKAT DIKESAN DI LAUTAN HINDI



Perth 23 Mac - Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) melaporkan, sebuah palet kayu kargo dan tali pengikat yang dipercayai digunakan oleh syarikat penerbangan, dikesan di Lautan Hindi, semalam.

Penyelaras operasi pesawat AMSA, Mike Barton berkata, objek tersebut ditemukan oleh sebuah pesawat awam yang membantu mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 16 hari lalu.

"Maklumat yang kami terima adalah penemuan sebuah palet kayu kargo dan beberapa tali pengikat yang mempunyai warna dan panjang berbeza.

"Kami (AMSA) cuba mencari semula objek itu tetapi gagal menemukannya," kata Barton.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor