Pages

Friday, March 14, 2014

MH370 - NASA KUMPUL DATA BANTU CARI




Florida - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dilaporkan turut menghulurkan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang didapati hilang berhampiran Teluk Siam, enam hari lalu, semalam.

Menurut laman web Space.com, NASA telah menggunakan satelitnya untuk mengumpul data dan imej dari sistem kamera kawalan jauhnya (ISERV) ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

“Sistem kamera ISERV NASA yang telah dilancar pada Julai 2012 ini, bagi memantau kawasan khusus bumi untuk tujuan analisis bencana dan kajian alam sekitar," kata agensi angkasa itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor