Sepang 13 Mac - Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat berhubung kehilangan MH370 sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang Sabtu lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, malah kerajaan juga berkongsi data dengan negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari itu.
Bercakap dalam sidang akhbar di sini hari ini, beliau juga menyifatkan kejadian itu sebagai satu situasi krisis kerana melibatkan operasi yang kompleks dan bukan mudah.
Katanya, segala usaha dilakukan bagi mencari pesawat berkenaan yang turut dibantu pelbagai negara lain dan melibatkan kira-kira 80 kapal dan pesawat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor