Pages

Friday, March 21, 2014

MH370: CARI KOTAK HITAM SELEPAS PESAWAT DITEMUI



Sepang - Fokus pencarian pesawat MAS penerbangan MH370 akan diteruskan kepada usaha menjejak kotak hitam milik pesawat terbabit.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, jika MH370 sudah ditemui, usaha pencarian akan diteruskan dan difokuskan kepada pencarian kotak hitam atau 'black box' yang berada pada badan pesawat terbabit.

"Jika maklumat yang diperolehi tepat dan benar, kami akan tumpukan seluruh pasukan penyelamat untuk mencari kotak hitam,"

"Buat masa ini, usaha masih ditumpukan bagi mencari pesawat terbabit, namun jika pesawat sudah ditemui, pasukan pencari akan diminta bersedia untuk mencari kotak hitam MH370," katanya dalam satu sidang media di Sama-sama Hotel, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya masih menunggu maklumat pengesahan terkini berkaitan penemuan dua objek di selatan Laut Hindi.

"Buat masa sekarang, kami belum menerima sebarang maklumat terbaru oleh pihak Australia, jika ada perkembangan, kami akan maklumkan segera," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor