Banyak pihak terutama pembangkang mempertikaikan kerajaan dalam mengendalikan operasi SAR (Mencari Dan Menyelamat) yang dilakukan. Antaranya adalah mengenai kelewatan mengumpul maklumat dan pencarian, kegagalan sistem radar dan sebagainya berfungsi dan sebagainya. Namun dalam masa sama mereka sendiri hanya berdiam diri dan tidak melakukan sesuatu bahkan jika diberikan peranan sekalipun pastinya mereka tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan kemahiran melakukannya. Dalam kata lain, komplen sangat mudah dan lebih mudah dari memulihkan dan melakukan pembaikan.
Saya menonton di 'youtube', Khalid Samad dalam ceramahnya mencerca kerajaan dan pemerintah, DS Najib dan mereka yang terlibat dalam SAR MH370. Mempertikaikan bagaimana MH370 boleh hilang... ditengah lautan dan dari radar...? Beliau berucap seolah-oleh beliaulah seorang pilot yang berpengalaman dan seorang jurutera radar yang berpengetahuan tinggi namun hakikatnya semua itu hanyalah spekulasi dari akal fikiran yang terbatas dan berniat jahat terhadap usaha mendari MH370 itu sendiri.
Memang benar pesawat Boeing 777-200 itu besar, tetapi tidakkah lautan itu lebih besar? Kita bukan mencari MH370 di sebuah padang bola, tetapi kita mencarinya dilautan yang luas yang bagaikan mencari sebatang jarum di sebuah padang luas.
Sikap pemimpin pembangkang memang mudah menyalahkan orang lain, dalam hal ini mereka akan menyalahkan setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi bagi usaha menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dengan harapan rakyat akan memilih mereka pula untuk menjadi pemimpin. Justeru itu, kehilangan MH370 sentiasa dijadikan modal politik dan dipertikaikan, namun mereka tidak pula mempertikaikan kehilangan jam Omega dalam skandal DS Anwar dengan 'chinadoll' yang sehingga kini masih belum ditemui oleh DS Wan Azizah.
Saya tidak salahkan pemimpin pembangkang yang sentiasa salahkan kerajaan dalam usaha menjatuhkan kerajaan kerana usaha mereka melalui pilihanraya masih gagal, tetapi saya cuma kesal bilamana masih ada terutama anak muda yang percaya kepada pembohongan dengan mengatasi kebenaran. Apakah mata mereka sudah dikaburi oleh pendustaan? Apakah hati-hati mereka sudah dipenuhi dengan dendam yang ditanam sejak sekian lama sehingga segala keburukan yang dilakukan oleh pembangkang kelihatan baik belaka dan segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kelihatan buruk belaka? Dimanakah kewarasan fikiran mereka sekarang ini?
Jiwa anak muda sedang didesak untuk memberontak. Rusuhan dan demonstrasi diluar negara dijadikan acuan, konon atas alasan mencari kebebasan. Tidak dinafikan adanya agenda asing yang ingin melihat negara kita jatuh dan kacau bilau untuk merealisasikan agenda global mereka... menjajah kita dengan cara baru. Kerajaan di Iraq telah dijatuhkan dengan berbagai alasan termasuk memiliki senjata nuklear, namun setelah jatuh Iraq tidak menjadi lebih baik dari sebelumnya dan rakyat sudah menjadi lebih susah dari dahulu bahkan senjata nuklear yang didakwa itu juga tidak ditemui sehingga kini dan Saddam Hussein hanya 'mati katak'.
Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang berkorban demi memperjuangkan rakyat, namun pemimpin yang anak-anak muda kita banggakan disini berlainan sama sekali. Beliau adalah seorang pemimpin yang hanya mengkhendaki rakyat dan berjuang dan berkorban untuk kepentingannya bukan sebaliknya. Ramai pemimpin yang seangkatan dengannya dahulu berjuang bersama-sama sudahpun meninggalkannya, yang masih ada hanyalah mereka yang berjuang hanya untuk mendapat imbuhan semata-mata.
Imbuhan telah membuatkan pengikut tertutup mata hatinya, justeru ramailah yang konon berjuang kerana Allah rela berbaring dan nerguling-guling diatas jalan raya kerana memprotes pemimpin...ulil amri. Pada mereka itu memang wajar namun perjuangan sedemikan tidak ada tercatat didalam kitab dan tentu jauh sekali dari mendapat syurga Allah.
Pembangkang telah berjaya mendoktrinkan anak muda bagi menjadi penentang dan perusuh yang tidak langsung ada rasa hormat kepada pemimpin dan negara. Mereka sudah menjadi semakin liar dan merasakan kebodohan itu bijak, kezaliman mereke itu adil, keganasan mereka itu mulia... mereka sedang membina satu generasi bangsa yang rosak dan merosakkan. Mereka yang berdemo dijalanan itu sebahagiannya juga adalah yang turut berpesta liar di konsert yang akhirnya meragut beberapa nyawa kerana pengambilan dadah berlebihan.
Apakah pembangkang akan bertanggungjawab kepada kerosakan generasi bangsa ini dikemudian hari? Yang pasti adalah mereka hanya menangguk diair yang keruh.
~ Editor.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor