Pages

Tuesday, March 18, 2014

MALAYSIA BENAM KANADA 3-1




Ipoh - Dua jaringan Faizal Saari membantu Malaysia menumpaskan Kanada 3-1 dalam perlawanan pusingan awal kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah di sini, malam semalam.

Faizal membuka jaringan Malaysia seawal minit keempat, namun Kanada berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-15.

Pasukan negara bagaimanapun kembali di depan menerusi jaringan Faizal pada minit ke-46, sebelum Ahmad Nasruddin memastikan kemenangan 3-1 di minit ke-66.

Ini adalah kemenangan kedua dicatatkan Malaysia pada kejohanan enam negara itu. Pasukan negara sebelum ini mengalahkan Afrika Selatan 3-2 dan seri 2-2 dengan Korea Selatan. - UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN

MALAYSIA 3 Kanada 1

Korea Selatan 3 China 2

Australia 7 Afrika Selatan 0

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor