Kota Bharu: "Maafkan segala kesilapan saya selama sayapimpinKelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifarah dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," ucap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk NikAbdul AzizNik Mat pagi Sabtu.
Mursyidul Am PAS itu memohon maaf ketika menyampaikan kuliah Subuh di Masjid PulauMelakayang terletak di sebelah rumahnya.
Beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) biarpun berjaya mengekalkan kerusi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka.
Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai Menteri Besar Kelantan selepas 23 tahun menduduki kerusi tersebut sejak 1990.
Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan sejak tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar, Nik Aziz sering dilaporkan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
Pada Jumaat, Nik Aziz dijadualkan menghadiri Majlis Himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang turut disertai Datuk SeriAnwar Ibrahimnamun beliau tidak menyertainya kerana tidak sihat.
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.
Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor