Pages

Wednesday, March 19, 2014

KUANTAN MUSIC FESTIVAL SAH BATAL



Kuantan, 19 Mac - Berikutan Konsert Future Music Festival Asia yang berlangsung dari 13 Mac hingga 15 lalu di Stadium Bukit Jalil yang meragut 6 nyawa akibat pengambilan dadah secara berlebihan membuatkan penganjur terpaksa membatalkan konsert terakhirnya.

Atas desakan beberapa pihak meminta konsert musik yang sepertinya juga dibatalkan bagi memastikan peristiwa itu tidak berulang.

Pihak PahangKu telah berusaha menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff untuk mendapat penjelasan berkenaan Kuantan Music Festival yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 & 5 April nanti.

Menurut ACP Mohd Zamani, pihaknya mengesahkan bahawa acara Kuantan Music Festival telah tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan namun enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor