Pages

Monday, March 3, 2014

KES DENGGI CATAT DUA KEMATIAN SEJAK JANUARI LEPAS DI KELANTAN

Kota Baharu, 2 Mac (Bernama) -- Sebanyak 764 kes denggi, dua daripadanya membabitkan kematian, dilaporkan di Kelantan sejak awal Januari lepas sehingga semalam, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.

"Orang ramai di negeri ini diminta segera membersihkan kawasan kediaman masing-masing daripada sarang pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok (WISBAR) di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Sementara itu, Dr Ahmad Razin berkata satu pelan tindakan khas telah diambil oleh pihaknya dalam usaha mengurangkan peratusan perokok di kalangan masyarakat di negeri itu

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor