Pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang baru-baru ini seolah-olah menggugat kredibiliti Guan Eng yang beria-ia mahu membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai. Rakyat sedia maklum bahawa perancangan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan ianya sentiasa dapat direalisasikan. Dengan kata lain janji kerajaan Barisan Nasional hampir 100% dapat dilaksanakan. Namun ianya berlainan pula dengan janji pakatan pembangkang yang sentiasa berupa “janji palsu” demi untuk kepentingan dan dendam peribadi.b
Jambatan kedua Pulau Pinang ini bercirikan keunikan struktur jambatan dan plaza tol itu. Ianya merupakan yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran. Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan bakal mencetuskan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.
Antara fakta penting yang perlu diketahui rakyat, jambatan ini telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan direalisasikan Tun Abdullah. Projek mega itu telah menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun. Ianya dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar. Jambatan ini juga mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala richter pada jarak 300km daripada punca gempa bumi. HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.
Pada 30 April tahun lepas, Najib menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan JK2PP dari bahagian pulau ke tanah besar untuk menghadiri satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai. Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.
Isunya di sini secara tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seolah-olah tergugat dengan pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang ini apabila tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai. Kononnya terdapat kritikan mengenai pembinaan terowong dasar laut, ekoran pembukaan rasmi jambatan kedua Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak .
Kerajaan negeri sebelum ini memberi alasan bahawa terowong itu perlu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.
Sesungguhnya kewajaran pembinaan terowong bawah laut itu perlu dikaji . Sebelum ini beberapa media telah mendesak Lim Guan Eng mengkaji semula rancangan beliau. Pertimbangan yang tidak wajar bakal merugikan rakyat sepertimana yang berlaku dalam pemerintahan pembangkang di Selangor yang mengakibatkan rakyat Selangor menderita akibat krisis air. Rakyat tahu bahawa krisis air di Selangor tidak sepatutnya berlaku sekiranya pakatan pembangkang tidak bertindak “bodoh sombong” menolak perancangan pembinaan Langat 2.
Rupa-rupanya menurut Guan Eng projek Terowong Dalam Laut ini adalah idea kerajaan Barisan Nasional juaga. Projek penebusan semula tanah yang melibatkan tanah seluas 940 hektar telah diluluskan dan ditandatangani oleh kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu. Dengan ertikata lain sebenarnya DAP tidak ada sebarang idea yang asli untuk pembangunan rakyat. Namun begitu atas keperihatinan Tun Abdullah, maka beliau telah membatalkan nya . Beliau amat perihatin terhadap kesan jangka panjang pembinaan terowong kepada nelayan pesisir yang boleh terjejas mata pencarian mereka.
Sikap tergesa-gesa membabi buta melaksanakan projek bakal menyusahkan rakyat. Setakat ini sebuah negara sesibuk Singapura pun belum memerlukan terowong dasar laut lagi. Adakah Pulau Pinang jauh lebih sibuk dari Singapura sehingga begitu terdesak mahu melaksanakan projek ini? Atau adakah sebenarnya terdapat kepentingan peribadi yang menjadi pertaruhan maka rakyat terpaksa menanggung beban tersebut. Berkhidmatlah dengan jujur dan amanah untuk rakyat demi
rakyat bukannya demi kepentingan dan dendam peribadi.
Sumber
rakyat bukannya demi kepentingan dan dendam peribadi.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor