SHAH ALAM - Ketika isu jawatan nombor dua dalam PKR menjadi hangat, presiden parti itu dilihat berhati-hati dan mengambil pendirian tidak memihak pada mana-mana pihak.
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaliknya menyerahkan kepada ahli parti untuk membuat keputusan.
Katanya, ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi dengan menawarkan diri untuk berkhidmat dan oleh itu, beliau menyerahkan kepada ahli-ahli untuk membuat pilihan.
Ketika ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa pertembungan tersebut boleh menyebabkan perpecahan dalam parti, Wan Azizah berkata, ia adalah satu pilihan yang perlu dibuat.
Wan Azizah melihat kedua-dua calon tersebut mempunyai kekuatan mereka tersendiri.
Oleh itu, katanya, ahli-ahli akan memilih calon yang mereka suka dan yang mereka fikir terbaik yang boleh membawa parti ke tahap seterusnya.
Setakat ini, penyandang jawatan itu, Mohamed Azmin Ali belum menyatakan sebarang pendirian sama ada akan mempertahankan kerusi berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor