Pages

Sunday, March 16, 2014

'GUNA PENDEKATAN RASIONAL DEKATI ANAK MUDA'




Kajang - Adun Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini menegaskan bahawa BN akan menggunakan pendekatan yang realistik dalam menarik pengundi muda di Kajang.

Menurutnya, anak muda di bandar (Kajang) sudah tidak tertarik dengan pendekatan retorik politik sebaliknya pendekatan rasional seperti jaminan masa depan yang terjamin, lebih menarik perhatian mereka.

"Anak muda sekarang sudah muak dengan pendekatan retorik politik.

"Apa yang mereka (belia) mahu,ialah melihat bagaimana BN dapat membantu mereka dalam mencari kerja, dapatkan rumah, peluang untuk berniaga.

"Oleh itu,inilah apa sebenarnya yang dilakukan oleh BN iaitu menyelesaikan masalah.

"Bukan kita hendak kerah mereka terlibat dalam demonstrasi jalanan kerana perkara tersebut tidak memberi manfaat kepada mereka," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di Sungai Kantan,Kajang semalam.

Oleh itu, beliau menyeru kepada pengundi muda Kajang supaya memberi undi mereka kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun supaya matlamat mereka tersebut dapat direalisasikan.

"Berilah peluang pada Chew Mei Fun, insya-Allah perkara tersebut dapat dipenuhi," katanya.

PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara, iaitu Chew yang mewakili BN dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor