Petaling Jaya - Perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan Mei ini dijangka sengit menyaksikan pertandingan enam penjuru merebut jawatan nombor dua PKR pada pemilihan Mei ini.
Dalam pertandingan enam penjuru itu, penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Penyandang Naib Presiden, Tian Chua; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, ahli parti, Datuk K Ramachandram dan Murali Subramaniam.
Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengesahkan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu Mei depan.
Penyerahan borang pencalonan pada saat-saat akhir iaitu lima minit sebelum proses pencalonan ditutup, Azmin mengakui mampu mempertahankan kedudukannya bagi penggal kedua.
Beliau turut mengesahkan mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal sebagai Timbalan Presiden PKR.
“Hari ini saya juga sudah berbincang panjang dengan Datuk Seri Anwar sebelum kita buat keputusan akhir untuk saya kekalkan jawatan sekarang,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, selepas penyerahan borang pencalonan.
Ketika diminta mengulas sama ada beliau mampu mempertahankan kedudukannya apabila ditentang dengan beberapa nama besar dalam parti, Azmin berkata kekuatan beliau ialah prestasi perkhidmatannya kepada parti dan rakyat.
“Saya fikir saya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik bukan sahaja dalam parti, malah sewaktu membentuk parti ini sejak 15 tahun lalu. Kami bina parti ini sejak 1998 dan sekarang Keadilan menjadi parti yang paling kuat dalam PR, " katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor