Polis berkawal di sekitar rusuhan pelajar di Universiti al-Azhar.
Kaherah - MESIR. Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kepada 17 pelajar Universiti al-Azhar atas tuduhan menyerang ibu pejabat universiti semasa mengadakan protes tahun lalu.
Kesemua defendan yang juga penyokong presiden digulingkan Mohamed Morsi dan Ikhwanul Muslimin didakwa merusuh, merosakkan harta benda awam, membakar sembilan kenderaan dan menyerang pihak keselamatan serta kakitangan akademik al-Azhar.
Mahkamah turut mengarahkan setiap pelajar membayar denda sebanyak AS$13,000 (RM43,000).
Hukuman dijatuhkan sehari selepas tiga pelajar terbunuh apabila pengawal keselamatan Mesir diserang penunjuk perasaan antikerajaan di beberapa bandar utama di seluruh negara Afrika Utara, laporan dipetik dari Press TV.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor