Pages

Thursday, February 13, 2014

UMAT ISLAM DIBUNUH MILITIA KRISTIAN



LIBREVILLE - Kumpulan Hak Asasi Manusia, Amnesty International mendakwa 'pembersihan etnik' sedang dilakukan di Republik Afrika Tengah ke atas penduduk Islam. Pembunuhan lebih 200 penduduk islam didakwa dilakukan oleh kumpulan Militia Kristian yang dikenali sebagai "Anti Balaka".

Pembunuhan penduduk beragama islam sedang dilakukan di bahagian barat Republik Afrika Tengah. 

"Komuniti islam terpaksa melarikan diri daripada kekejaman kumpulan militia ini. Beratus ratus penduduk islam yang tidak berjaya melarikan diri telah dibunuh dengan kejam oleh kumpulan militia terbabit." menurut laporan pertubuhan Hak Asasi Manusia.

Pembunuhan orang islam dilakukan kerana kumpulan ini beranggapan orang islam adalah "orang luar" dan mereka perlu diusir keluar dari negara terbabit ataupun dibunuh.

Huru-hara tercetus di negara miskin itu pada Mac tahun lalu, selepas kumpulan pemberontak menggulingkan kerajaan, mencetuskan keganasan berdarah yang mengakibatkan hampir sejuta daripada 4.6 juta penduduk Republik Afrika Tengah kehilangan tempat tinggal.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi bantuan menganggarkan kira-kira dua juta penduduknya memerlukan bantuan kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor