Blogger WZWH adalah seorang lagi blogger Pahang yang tulisannya patut diberikan perhatian. Berasal dari Jerantut dan menetap di Kuantan bertugas sebagai seorang guru. Tulisan-tulisannya sangat telus dan polos sehingga ada yang menganggapnya terlalu terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan pembaca. Ideanya kadang-kadang nampak tidak masuk akal namun beliau sangat jujur menyatakan pendapatnya.
Mula menulis sejak 17hb Mei 2010. Hampir setahun kemudian beliau mendapat rentaknya dalam penulisan. Ada kalangan pembaca yang menganggapnya 'gila' atau 'gila-gila' kerana ketelusannya dengan tidak menapis sebarang komen, namun saya melihat yang sah dan nyata gila adalah pembacanya yang sering memberikan komen yang selalunya tiada kaitan langsung dengan tulisan beliau.
Cuma kebelakangan ini, tulisan-tulisan beliau seakan sudah kehilangan 'nilai'nya mungkin kerana sudah jauh tenggelam dalam 'dunia' blogging. Mungkin elok beliau berehat seketika dari menulis posting yang 'mengarut' untuk terus kekal menjaga imejnya. Berehat seketika untuk mencari nafas baru....
Berikut adalah antara tulisan beliau diblognya.... http://wzwh.blogspot.com/
Sunday, February 9, 2014
DUN Tahan Lagi Makmur Bila Bina Jalan Ulu Tembeling - Terengganu
DUN Tahan dalam Parlimen Jerantut. Ada lagi dua DUN iaitu DUN Damak dan DUN Pulau Tawar. Dari segi politik pembangunan DUN Tahan lebih terserlah kerana banyak politik pembangunan 'happening'.
Ini kerana dari segi psikologi geopolitik DUN Tahan keluasannya adalah lebih 75% dari seluruh keluasan Jerantut. Ditambah lagi pemimpin-pemimpin DUN Tahan dari segi genetik mempunyai kualiti leadership born to be a leader berpandangan jauh.
Pemimpin-pemimpin DUN Tahan boleh menyatukan rakyat bukan pemimpin yang dari keturunan orang gila yang tidak pandai berpolitik dan tidak boleh memimpin.
Amerika Syarikat boleh maju bila kerajaannya bina banyak projek jalan yang berselirat termasuk jalan keretapi di seluruh negara.
Begitu juga untuk majukan DUN Tahan projek-projek jalan perlu dibina sepanjang Lembah Tembeling.
DUN Tahan lagi makmur bila bina Projek Jalan Ulu Tembeling- Terengganu.
Projek Fasa 1 yang sedang buat hampir siap 75% menghubung Kuala Tahan - Kg Pagi panjang 21 km RM121 juta.
Projek Fasa 2 telah diluluskan yang mahu dibuat menghubung Kg Pagi-Kg Kuala Sat-Kg Mat Daling panjang 42 km RM310 juta.
Projek Fasa 3 juga telah diluluskan juga mahu terus disambung dari Kg Mat Daling (Pahang) ke Kg Pasir Raja (Terengganu) panjang 60km RM600 juta.
Bila siap projek jalan DUN Tahan-Terengganu ini maka DUN Tahan lebih makmur ekonomi, Jerantut pun boleh menumpang kemakmuran ekonomi DUN Tahan.
Ladang-ladang beratus ribu ekar telah, sedang dan akan dibuka...
ECER membangun Projek Bandaraya Tropika Taman Negara...
Projek renewal energy Sg Tekai menyusul...
Untuk Jerantut lebih makmur ekonomi kita akan bina projek jalan dari Merapoh-Chegar Perah-Jalan Benta-Jerantut-Simpang Jengka 8-Maran in one package RM2 bilion...
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor