Blog Musang Tembaga adalah antara blogger yang seangkatan dengan blog Waris Pahang dan Yang Gambi. Tidak dinafikan bahawa beliau berusaha keras dalam menyatakan kebenaran dari kebatilan yang selama ini tidak ramai yang sedar. Usaha blogger berkenaan menyangah putarbelit pembangkang tidak pernah padam.
Berikut adalah salah satu daripada posting beliau yang kita pilih:
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan mengesahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya ditubuhkan untuk memenuhi nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar berkata, peletakan jawatan oleh wakil rakyat PKR juga bukan pertama kali berlaku kerana isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah berbuat demikian di Parlimen Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya.
Secara tidak langsung katanya, tindakan terbabit menunjukkan Penasihat PKR itu sendiri tidak menghormati selain sengaja mempermainkan demokrasi.
"Saya lihat keputusan itu dibuat atas perintah Anwar sendiri kerana tidak ada sebab untuk Chin Cheh meletakkan jawatan melainkan dipaksa untuk berbuat demikian.
"Tindakan kali kedua ini juga yang sekali lagi membabitkan Anwar menampakkan beliau seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mempermainkan sistem demokrasi serta rakyat," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, PKR semakin hilang pertimbangan untuk memenuhi kehendak Anwar sehingga sanggup mengenepikan demokrasi serta suara rakyat.
Katanya lagi, amalan seperti itu jelas tidak menghormati suara pengundi DUN Kajang yang telah memberi kemenangan kepada Chin Cheh dalam tempoh tidak sampai setahun lalu.
"PKR sering menggunakan slogan amanah rakyat, pilihan rakyat, perlu dengar suara rakyat tetapi mereka sendiri tidak menghormati keputusan rakyat.
"Saya juga tidak menolak kemungkinan pengundi DUN Kajang akan memberi pengajaran kepada PKR supaya lebih matang dalam berpolitik serta menghormati demokrasi dengan tidak memberi undi kepada Anwar," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor