KUANTAN - Tindakan beberapa pihak dikalangan Pakatan Pembangkang hari ini amat dikesali apabila kehadiran mereka hanya bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan penerima bantuan berkenaan.
Dari laporan yang diterima, pihak Pakatan Pembangkang telah membuka kaunter pendaftaran tanpa memohon kebenaran dari pihak Urusetia terlebih dahulu sehingga menimbulkan kecelaruan dan tidak puashati penerima dalam penyerahan sumbangan berkenaan pagi tadi.
Beberapa pihak dari Pejabat Khidmat Parlimen Kuantan bersama beberapa orang sukarelawannya telah membuka kaunter dengan mengedarkan borang pendaftaran palsu.
Sepertimana yang diwar-warkan didalam laman media sosial milik Ahli Parlimen Kuantan, mereka mendakwa penerima turut boleh membuat pendaftaran melalui kaunter yang mereka disediakan.
Namun setelah penat beratur, penerima bantuan yang mendaftar melalui kaunter pakatan tidak mempunyai pendaftaran yang mengesahkan mereka sebagai penerima yang layak dan memaksa penerima tersebut untuk mendaftar semula dengan kaunter yang sah milik MKN. Tindakan tersebut secara tidak langsung merencatkan proses pendaftaran dan membuang masa penerima apabila ianya tidak dapat diterima oleh pihak urusetia.
Apabila ditanya Ahli Parlimen Kuantan yang turut hadir dimajlis berkenaan menjelaskan bahawa borang tersebut bukan untuk pendaftaran tetapi untuk dihantar terus kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Laporan yang disiarkan dalam laman media massa menjelaskan, pihak urusetia dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyediakan borang berserta Akuan Sumpah bagi penerima yang layak menerima bantuan tersebut. Akuan bersumpah itu dibuat sebagai satu langkah untuk mengelakkan sebarang penipuan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Kiriman SMS dari salah seorang penerima menyatakan kekesalan mereka terhadap perbuatan dan tindakan yang dilakukan oleh pihak Pakatan itu kerana ianya jelas bukan dengan niat ikhlas untuk membantu tetapi dibuat atas dasar kepentingan politik semata-mata.
nak di gunakan utk hantar ke jabatan perdana menteri ke nk gunakan untuk daftar parti pkr
ReplyDeleteKenapa pula Fuziah menyibuk? Bantuan tu dari PKR ke?
ReplyDeleteTak kenal lagi ke sapa itu Fuziah Salleh yg suka menangguk di air yg keruh. Sengaja mengelirukan rakyat dan sengaja nak mencari populariti murahan.
ReplyDelete