Pages

Thursday, February 20, 2014

PENEMUAN FOSSIL DINASOUR DI PAHANG




KUALA LUMPUR 18 Feb. - Mungkinkah Pahang pernah menjadi tempat kehidupan untuk haiwan prasejarah dinosaur suatu ketika dahulu? Perkara itu tidak mustahil berikutan penemuan baharu di negeri tersebut.

Kumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi di Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini mencipta sejarah apabila menemui sebatang fosil gigi dinosaur di negeri itu, sekali gus mencatat rekod penemuan pertama di Malaysia.

Penemuan itu merupakan hasil kajian bersama dua institusi pengajian tinggi Jepun iaitu Universiti Waseda dan Universiti Kumamoto.

Ketua kumpulan pengkaji, Prof. Dr. Masatoshi Sone yang mewakili UM berkata, penemuan itu adalah hasil kajian dan proses cari gali yang dilakukan sejak September 2012.

"Pada Ogos tahun lalu, kami menemukan sebatang fosil gigi dinosaur daripada spesies `Spinosaurid Therapod’ atau lebih dikenali sebagai `dinosaur pemakan ikan’ di sebuah lokasi di Pahang.

"Fosil yang diberi nama sebagai `Sampel UM10575’ itu mempunyai ukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar," katanya dalam sidang akhbar berhubung penemuan tersebut di sini hari ini.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor