Pages

Friday, February 21, 2014

DATO' MUNAWAR KELUAR PARTI FITNAH PDO



Kuantan 21 Feb - Berita mengenai bekas exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Ahmad Munawar Abdul Jalil akan menyertai parti lawan sudah heboh diperkatakan dilaman media sosial blog dan facebook sejak awal pagi tadi.

Blog Pahang Daily yang popularitinya semakin menurun kebelakangan ini menjadikan isu berkenaan semata-mata untuk mendapat perhatian umum. Blog pro pembangkang yang dikendalikan oleh blogger 'Cucu Mat Kilau' itu berkemungkinan cuba meraih perhatian UMUM terutama menjelang pemilihan dalam Parti PKR yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut sumber dari seorang 'blogger otai' yang rapat dengan CMK, beliau pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding menentang Yb Fuziah memandangkan nama beliau masih ada dalam senarai ahli parti walaupun sebelum ini beliau sudah mengumumkan keluar PKR.

CMK juga kononnya sedang dibantu oleh seorang 'Ketua Pemuda Bahagian' dalam perniagaan melibatkan 'perkhidmatan online' yang mampu meraih pendapatan beribu ringgit dalam sehari. CMK juga didakwa menawarkan sahabat bloggernya untuk bersama-sama beliau berkhidmat kepada seorang menteri dari Pahang dalam mengendalikan media sosial milik menteri berkenaan dengan gaji yang lumayan.

Pihak PahangKu awal pagi tadi telah menghubungi Dato' Munawar untuk mendapatkan kesahihan berita berkenaan. Dari maklum balasnya Dato' Munawar menyatakan adalah mustahil bagi beliau untuk menyertai PKR terutama sekali dalam keadaan parti itu yang tidak stabil ketika ini. "Saya tidak akan menyertai PKR dan kerana apa pula saya ingin tinggalkan UMNO yang lebih mantap ketika ini" - kata beliau ketika dihubungi melalui telefon.

'Orang yang tidak berakal saja yang akan hilang pertimbangan dengan menyertai PKR' - kata Dato' Munawar ketika mengakhiri perbualan telefon kami awal pagi tadi.

Mungkin niat CMK hanya untuk mendapatkan 'political mileage' terutama menjelang pemilihan parti PKR tidak lama lagi. CMK yang sudah sinonim dengan gelaran 'blogger cari makan' memang dilihat dalam tekanan sejak akhir-akhir ini. 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor