Pages

Wednesday, January 22, 2014

KANAK KANAK SEPARUH BOGEL DITEMUI MATI DI DUNGUN



DUNGUN - Bau busuk yang dihidu oleh seorang pengawal keselamatan dari sebuah rumah kosong di Taman Permint, Seberang Paka di sini membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam yang lalu.

Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dan dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui pengawal keselamatan berusia 31 tahun berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebaik sahaja terhidu bau busuk itu, pengawal tersebut masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci sebelum menemui mayat itu di dalam tandas.

"Ketika ditemui, mayat kanak-kanak yang dipercayai berusia dalam lingkungan dua tahun itu dalam keadaan separuh bogel dan terlentang serta mulai membusuk.

"Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Manoharan, siasatan awal pihaknya mendapati kanak-kanak itu mungkin dibunuh berdasarkan keadaan mayatnya ketika ditemui.

Bagaimanapun kata beliau, polis masih menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini.

"Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Manoharan, pihaknya turut menerima laporan berkaitan orang hilang di kawasan itu namun masih menyiasat jika laporan tersebut mempunyai kaitan dengan penemuan mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, pihaknya sedang mengesan seorang wanita yang melaporkan kehilangan anak perempuannya tiga hari lalu.

katanya, wanita itu melaporkan anaknya yang berusia dua tahun itu hilang ketika ditinggalkan di dalam kereta di Medan Ikan Bakar Paka kira-kira pukul 7.30 malam.

"Wanita itu mengatakan yang dia pergi berjumpa seorang rakannya di medan ikan bakar tersebut selama limit dan selepas kembali ke kereta, dia mendapati anaknya telah hilang.

"Jadi kita sedang mengesan wanita berkenaan untuk mendapat pengesahan adakah kanak-kanak yang hilang itu ada kaitan dengan mayat mangsa yang ditemui hari ini," katanya ketika dihubungi malam ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor