KUALA LUMPUR - Cadangan untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 akan membawa kehancuran dahsyat kepada perpaduan masyarakat berbilang agama di negara ini.
Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali (gambar) berkata, perkara ini kerana usaha itu bukan sahaja mencabar keluhuran Perlembagaan Persekutuan tetapi juga mencabar tunggak-tunggak yang menjamin kesejahteraan negara terutama institusi Raja-raja Melayu.
Beliau khuatir, tindakan melulu pihak yang mencadangkan pindaan tersebut akan menyebabkan keadaan berakhir dengan ketegangan antara agama sekali gus mengganggu-gugat keselamatan dan keharmonian negara ini.
"Cadangan ini merupakan satu agenda terancang segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang bergerak sejak beberapa tahun lalu dan hari ini, gerakan mereka itu berada pada kemuncaknya.
"Kita ada bukti bahawa wujud ancaman daripada sekelompok Kristian yang datang kepada orang Islam dengan niat menyebarkan risalah agama mereka, tindakan ini berlaku di hospital dan kawasan perumahan umat Islam. Ada juga yang memutar-belit fakta berhubung penggunaan kalimah Allah melalui pengedaran bahan bacaan berupa komik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohd. Aidit memberitahu, sekiranya usaha terancang untuk meminda enakmen berkenaan tidak ditangani, dikhuatiri umat Islam di negara ini akan terus menjadi mangsa kepada golongan penyebar dakyah Kristian seperti yang berlaku di Indonesia dan Singapura.
Pindaan tersebut katanya, akan membuka ruang kepada golongan yang memiliki agenda jahat berkenaan untuk memancing umat Islam murtad terutama mereka yang mengalami kesusahan, jiwa kosong, mengamalkan cara hidup membelakangi akidah dan kemaruk untuk mendapat kehidupan mewah.
"Bukan hanya mereka yang daif dalam segi agama, pendidikan, ekonomi akan menjadi mangsa, seperti yang berlaku di Indonesia dan Singapura, di mana puak-puak penyebar dakyah turut mendekati umat Islam yang secara logiknya tidak mudah termakan dengan hasutan mereka.
"Di Indonesia juga terdapat kelompok Kristian yang menganjurkan majlis bacaan Bible dalam bahasa Arab, kalau mereka yang daif mendengar, pasti mereka sangkakan itu bacaan al-Quran. Ada juga kelompok Kristian begitu ghairah untuk menambat hati orang Islam sehingga mereka memakai pakaian seperti orang Islam," jelasnya.
Mohd. Aidit turut mendedahkan, wujud konspirasi di dalam negara ini yang menggerakkan mereka yang telah murtad untuk menyebarkan ajaran Kristian tetapi dalam identiti dan pemakaian seperti umat Islam.
Jelas beliau, gerakan ini akan menasihatkan agar golongan murtad itu supaya tidak memakai salib, memakan babi dan meminum arak dalam usaha menjerat golongan sasar yang lebih besar.
"Dalam Islam, walaupun sebilangan kecil daripada kita terjerat, ini akan menjadi barah yang akan merebak. Enakmen kawalan inilah salah satu jentera kawalan justeru, sebarang usaha memindanya perlu ditentang berhabis-habisan," kata beliau.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor