Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia bahagian Media dan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Jabatan Penerangan Pahang, Agensi-agensi Kerajaan, Pihak berkuasa tempatan serta GLC telah menganjurkan satu lawatan ke destinasi pelancongan Pahang.
Antara objektif program ini adalah untuk memberi peluang kerajaan mempromosikan program pembangunan, memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk menjelaskan isu-isu berbangkit mengenai projek yang dilaksanakan dan menjayakan matlamat penyebaran maklumat kerajaan melalui perkongsian strategi jabatan dengan pihak media arus perdana serta pengamal media sosial.
Program selama 3 hari itu telah diadakan pada 29hb Oktober hingga 31hb Oktober 2013 dan bermula dari Kuala Lumpur ke Daerah Maran, Kuantan dan Pekan. Antara tempat-tempat lawatan sebagaimana dalam jadual adalah Maran Hill Golf Resort, Kg Serengkam, Maran, Terowong dan Muzium Sg Lembing, DRB Hicom, Pekan , Tasik Chini serta Pusat Tenun DiRaja Felda Chini.
Selain dari penerangan dan taklimat didestinasi berkenaan, delegasi juga berkesempatan untuk menghayati alam sekitar secara santai dan menyertai pertandingan memancing yang diadakan di tasik Chini.
Program ini juga melibatkan wakil-wakil rakyat antaranya YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, YB Dato' Hj Ismail Abd Muttalib, YB ADUN Chenor dan YB Cik Hidayah Suhaimi ADUN Luit. Di Majlis Makan Malam di MS Garden Kuantan, Dato' Wahab hadir mewakili MB Pahang.
Semoga program sebegini akan diadakan lebih kerap lagi serta melibatkan lebih ramai pengamal media sosial untuk memberikan impak besar lagi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor