"Lambat dua jam terima rawatan, saya mungkin mati,'' kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang disahkan dijangkiti bakteria burkholdera cepacia.
Sambil berterima kasih kepada kumpulan doktor yang merawatnya, beliau berkata, kecekapan ditunjukkan mereka telah menyelamatkan nyawanya yang berada di saat-saat genting.
"Alhamdulillah, sampai sahaja mereka terus buat ujian, tak sampai lima minit mereka tahu bukan denggi, terus bagi antibiotik.
"Tapi ada anak kawan menantu saya meninggal dunia semalam sebab pergi hospital hari Jumaat, Isnin baru masuk ICU (unit rawatan rapi), lambat terima rawatan, bukanlah di hospital ini,'' katanya di Hospital Prince Court di sini hari ini.
Pengalaman dilalui, kata Adnan, memberi kesedaran kepadanya betapa setiap hospital perlu mempunyai prosedur operasi standard tertentu terhadap pesakit yang menerima rawatan.
Ini kerana, katanya, tindakan yang cekap dan pantas mampu menyelamatkan nyawa pesakit dan tidak harus berlaku perbezaan sama ada pesakit itu seorang Menteri Besar atau rakyat biasa.
Mengulas lanjut tentang keadaan kesihatannya, kata Adnan, jangkaan sebelum ini bahawa beliau dijangkiti virus leptospirosis (kencing tikus) atau bakteria meliodosis yang berpunca daripada air dan tanah adalah tidak tepat.
"Doktor sahkan burkholdera cepacia, bakteria ini terdapat di dalam lumpur dan tanah. Sebelum ini saya ada ke Cameron Highlands dan Jerantut, tidak pasti dapat bakteria ini di mana,'' katanya
Menurut Adnan lagi, bahayanya serangan burkholdera cepacia adalah kerana bakteria itu menyerang sistem imun badan dalam senyap dan kesannya hanya dirasai setelah lebih seminggu.
"Saya mengalami demam kuat secara tiba-tiba dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi terpaksa dimasukkan ke hospital,'' katanya lagi.
Sebelum itu, kata Adnan, beliau menjalankan tugas seperti biasa kerana tiada tanda-tanda bahawa dirinya berada dalam keadaan tidak sihat.
Apa yang dialaminya kata Adnan, akan sentiasa menjadi ingatan kepadanya untuk sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.
"Saya akan mengadakan lebih kerap kempen-kempen yang berkaitan dengan kebersihan dan kesihatan,'' katanya.
Walaupun telah disahkan pulih, buat masa ini jelas Adnan, beliau masih memerlukan rehat beberapa hari sebelum memulakan tugasnya semula.
Adnan telah dimasukkan ke ICU Hospital Prince Court milik Petronas pada 4 November lalu.

syukur alhamdulillah YAB MB PHG sudah kembali sihat...setiap sesuatu yg berlaku adalah kehendak Allah dgn izin Allah...komen sy blog ni patut update cepat kisah tntg Phg dahulu sebelum yg lain2...
ReplyDeleteutk renungan: ada bezanya rawatan utk rakyat marhaen, vip dan vvip. kalau rakyat marhaen, mana ada diagnos on the spot....beri ubat dulu. dah teruk baru nak diagnos. dari pengalaman ibu saya kena stroke kali kedua..siap doktor marah lg bila kita beritahu ada simpton-simpton stroke pada ibu.ditanya lagi dia doktor ke kita doktor? masalahnya kita dah lebih 20 tahun sebagai first aider. didedahkan dengan befbagai-bagai simpton dan kemalangan serta rawatan kecemasan.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah yb dah sihat.
ReplyDeletesyukur juga dapat terima rawatan di Prince COURT.
kalau org biasa mungkin mati saja dekat luar food COURT