KUANTAN - Kerajaan Pahang sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pinggir bandar bagi memastikan mereka mendapat kemudahan seperti masyarakat bandar.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah dan sedang melaksanakan pelbagai perancangan bagi masyarakat berkenaan.
"Antara perancangan tersebut termasuk bantuan membina rumah kediaman, program baik pulih rumah, membina kemudahan infrastruktur seperti membina dan menaik taraf jalan kampung, jambatan, dewan orang ramai dan padang permainan.
"Selain itu, menyediakan bekalan air bersih dan elektrik, membangunkan projek ekonomi jangka panjang (tanaman kelapa sawit dan getah), program bimbingan usahawan, bantuan premis kedai dan peralatan," katanya.
Adnan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Sheikh Mohd Puzi Sheikh Ali (BN-Peramu Jaya) yang ingin tahu bentuk bantuan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli di negeri ini, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-13 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.
Sementara itu, Adnan menegaskan bukan hanya daerah Karak atau Bentong yang sering berlaku kemalangan jalan raya, malah di semua daerah di negeri ini.
Menurutnya, kemalangan jalan raya tidak perlu bergantung kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata tetapi ia lebih kepada sikap pemandu kenderaan apabila mereka berada di jalan raya.
"Sepatutnya pemandu kenderaan mempunyai akal fikiran yang waras ketika memandu kerana kecuaian boleh mengundang kemalangan," katanya.
Adnan berkata demikian ketika menjawab soalan D R Kamache (DAP-Sabai) yang ingin tahu langkah yang diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya di bandar Karak.
Menurutnya, PDRM sentiasa memantau keadaan lalu lintas melalui rondaan dan akan mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan.
"Walaupun saman adalah bertujuan mendidik tetapi kesedaran daripada pemandu kenderaan adalah lebih penting.
"Pada masa ini, PDRM Pahang tidak pernah jemu mengadakan ceramah kesedaran dan pameran keselamatan lalu lintas di Pahang yang membabitkan jabatan kerajaan, agensi swasta, kilang dan sekolah," katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor