KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sengaja memutar belit isu sebanyak 40,000 warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu bagi mengalih kemarahan pemimpin pembangkang lain ekoran kegagalan membentuk kerajaan.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk S. Nallakaruppan berkata, Anwar sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan berjanji kepada rakan sekutunya yang lain beliau akan menjadi Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, tambahnya, ekoran kegagalan itu, Anwar dilihat cuba mencari alasan dengan menyalahkan kerajaan kononnya memanipulasi sistem pilihan raya termasuk dengan dakwaan mengimport pengundi warga asing.
"Pembangkang yang memulakan isu ini dan turut disiarkan akhbar mereka, Suara Keadilan. Pembohongan ini disebarkan pemimpin-pemimpin mereka termasuk menerusi Facebook dan Twitter pada hari pengundian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar menafikan pembangkang pernah membuat kenyataan mendakwa kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh, sebaliknya memberitahu pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, penafian Anwar itu disifatkan sebagai pelik dan jelas membohongi rakyat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Abdul Aziz memberitahu, pembangkang sejak sebelum pilihan raya umum lalu berkali-kali mendakwa kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membawa masuk kira-kira 40,000 pengundi luar walaupun perkara tersebut telah dinafikan SPR.
Menurut Nallakaruppan, pembohongan pembangkang dalam kejadian bekalan elektrik terputus di pusat pengiraan undi di Raub, Pahang juga didedahkan oleh pemimpin DAP sendiri yang menafikan berlakunya kejadian tersebut.
Katanya, pembohongan pembangkang itu dibuat bertujuan memburuk-burukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta sebagai alasan menutup kekalahan dalam pilihan raya umum lalu.
Lebih buruk, tambahnya, pembohongan itu sengaja disebarkan menerusi media sosial dan didedahkan sehingga ke peringkat antarabangsa untuk memburukkan imej negara.
"Jadi, adalah lebih mudah untuk pembangkang cuci tangan dengan membuat pembohongan dalam isu pengundi warga asing kerana mereka berasa yakin terlepas daripada dipersalahkan ekoran gagal memenangi pilihan raya umum lalu," katanya.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor