Pages

Friday, October 4, 2013

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI KUANTAN

Dato' Sharkar, En.Zubir (Kebudayaan), Dato' Hashim (TDA)
antara yang hadir


Semalam, 3hb Oktober 2013, bertempat di East Cost Megamall, Kuantan telah berlangsung program 'Promosi Kraf Malaysia' yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan bagi memperkenalkan produk-produk kraftangan yang berdaya saing untuk dipromosikan kepada sama ada pelancong tempatan atau pun pelancong asing.

Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang telah hadir merasmikan program berkenaan yang disertai ramai penduduk tempatan.

Selain dari pameran dan pertunjukan bagi memperkenalkan produk-produk kraf buatan tempatan, Jabatan Kebudayaan Pahang juga menjemput kumpulan muzik budaya tempatan yang mempersembahkan lagu-lagu rakyat dan tempatan. Pertandingan melukis bagi penuntut-penuntut sekolah juga diadakan bagi menambah kemeriahan program berkenaan.


Kumpulan muzik tempatan menyampaikan lagu-lagu daerah Pahang



 Penuntut yang menyertai pertandingan lukisan kraf


Demo tenunan Songket Pahang


 Peralatan tenunan


 Pameran hasil kraf


Nyanyian lagu daerah oleh anak-anak Pahang



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor